3G ialah singkatan untuk Third-Generation atau Generasi Ketiga teknologi telefon bimbit. Teknologi 3G secara ringkasnya adalah satu sistem yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara video dari telefon bimbit ke komputer riba. Selain itu pengguna juga boleh memuat turun lagu dan video dengan kadar sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding teknologi kini.
3G juga adalah teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar berbanding teknologi sedia ada.
Teknologi yang semakin popular ini juga memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, sidang video langsung, pelayaran laman web, emel, pesanan segera (instant messaging), sebagai mesin faksimili dan petunjuk peta.
Telefon 3G lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna menyambungkan secara langsung dengan e-mel mereka.
Jepun adalah negara pertama yang memperkenalkan sistem 3G, kerana selera meluas rakyatnya terhadap telefon digital berteknologi tinggi.
